Quantcast
Channel: RAWATAN ISLAM JARAK JAUH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

PENGALAMAN DI PULAU BESAR KHAMIS JUMAAT TADI

$
0
0

Selalu saya datang ke pulau bawa jemaah sufi kali ini saya datang bawa jemaah tempur pula.Perjalanan naik ke bot mudah dan lancar padahal hari sebelumnya ada sahabat beritahu ombak agak tinggi kerana Melaka musim hujan lebat sekarang nie...

Sampai disana kami ziarah makam Tok Putih dan Tok Janggut dahulu kemudian baru kami naik ke bukit kecil berdekatan tempat Hang Tuah dan Hang Jebat berpencak dahulu menguji segala ilmu hikmahnya.Jika diamati batu-batu disitu banyak kesan terbelah,kesan ditumbuk,disepak dan terguris dalam akibat senjata-senjata mereka.Kemungkinan mereka dahulu banyak mengamalkan ilmu hikmah seperti hizib petir dan pakar juga dalam pengisian ilmu pada senjata.

Dibukit itu juga kami ditemani seekor kucing putih yang menyambut kedatangan kami tadi di pulau besar dan kami juga melihat dahan pokok yang berbentuk orang rukuk solat mengadap cabang pokok berbentuk kalimah Allah.Semasa jemaah kami sedang rancak berlatih tekpi tiba-tiba senjata tekpi tersebut tercampak ke sabatang pokok berhampiran lalu pokok tersebut mengeluarkan darah merah subhanallah.

Suasana malam di masjid pulau besar pula agak meriah dan jumlah pengunjung masjid full house malam tu kerana ramai jemaah tarekat iktikaf dan ziarah maqam sultanul arifin serta ada juga sesi bacaan yasin tahlil.

Dalam pukul 1pagi jemaah kami bergerak ke padang golf tepi laut untuk sesi jazam ayat bismillah 6 313x oleh jemaah-jemaah baru kami.Semasa wirid amalan kami ditemani bulan yang cantik dan penuh serta awan berbentuk seakan akan burung/naga wallahuaklam.

Dalam 5.30pagi kami tamatkan amalan dan menuju ke masjid untuk solat subuh berjemaah,sepanjang malam wirid di padang golf tu kami diuji 2 kali cubaan babi hutan yang agak besar untuk menyerang kami,alhamdulillah semuanya selamat,salah satu kaifiat bismillah 6 ini adalah terselamat dari binatang buas...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 756