Tulisan ini adalah pendapat peribadi saya sahaja..
Panglima hitam dari pembacaan saya di internet adalah 6 bersaudara dari bugis yang berhijrah ketanah melayu 200 tahun dulu turut sama memerangi Belanda dan menjaga keselamatan sultan-sultan di tanah melayu demi tegaknya syiar ISLAM.
Pahlawan-pahlawan bugis ini terlalu handal dalam ilmu silat dan juga kebatinan serta sering memakai pakaian hitam lalu digelar PANGLIMA HITAM.
Ilmu kebatinan yang bagaimana hingga mereka jadi terlalu handal sehingga ramai sultan melantik mereka menjadi laksamana dalam istana.
Andaian saya mereka ini selain menguasai ilmu beladiri,mereka juga menguasai ilmu tauhid dan ilmu zikir serta ahli pertapa sejati.
Ahli zikir yang istiqomah lebih-lebih lagi sudah mencapai makam HAKIKAT dengan disertai perjuangan kental melawan penjajah dalam menegakkan syiar islam sudah tentulah pertolongan Allah sentiasa ada pada mereka.
Ahli zikir bangsa bugis andaian saya mungkin mereka mengamalkan riadah ayatul kursi 500x atau 1000x setiap hari.
Amalan yang diniatkan untuk berjuang demi agama insyaAllah sentiasa ada pertolongan Allah,jika sebaliknya niat untuk jadi hebat/keduniaan akhirnya boleh mengundang gila isim.