Quantcast
Channel: RAWATAN ISLAM JARAK JAUH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 756

HABBATUS SAUDA HERBA SUNNAH

$
0
0

Yakinlah dengan Habbatus Sauda kerana 'HABATUS SAUDA adalah penawar kepada segala penyakit kecuali maut.

- Habbatus sauda membantu MEMULIH dan merangsang TENAGA

Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat - Buku Ibnu Sina Canon of Medicines.

Dr. Ahmad El-Kadi  dan Dr. Usama Qandil  mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi pertahanan badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan semulajadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan daya tahan badan.

Bagaimana habbatus sauda berfungsi ??

1) Menguat sistem pertahanan badan semulajadi yang sedia ada dalam tubuh. Kandungan yang lengkap dalam habbatus sauda menguatkan sistem imun daripada serangan penyakit.

2) Mengandungi hormon yang lengkap untuk menambah kecergasan mental, seksual dan pelbagai aktiviti.

3) Melancar semula perjalanan darah dan ini membantu ke arah penyembuhan semulajadi.

4) Kandungan nigellon yang terdapat didalamnya terbaik dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, lelah dan radang tengkorok.

5) Membantu menguat kembali fungsi-fungsi buah pinggang, hempedu, hati, jantung dan bahagian-bahgian lain dalam tubuh seperti sediakala. Oleh itu, insya-Allah ia boleh membantu pesakit kencing manis, gout, jantung dan sebagainya.

Berdasarkan kajian - BAGAIMANA HABBATUS SAUDA dapat membantu?

1. Nigellon adalah bahan aktif dalam habbatus sauda yang mempunyai sifat mengembangkan saluran pernafasan yang menyempit ( bronchodialator effect )
dan anti histamin yang baik untuk mengurangkan rembesan mukus paru-paru yang berlebihan dan bertindak mengurangkan keradangan.

2. Thymoquinone mempunyai sifat anti radang yang tinggi yang baik untuk meredakan serangan. Ianya juga bersifat anti oksida yang baik untuk membantu tubuh berfungsi dengan baik semasa serangan penyakit.

3. Sifat Habbatus Sauda yang bersifat anti bakteria dan anti virus membantu melindungi pesakit asma yang mengalami serangan dari kuman. Habbatus sauda berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda berupaya menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh sama ada ketika terlalu lemah atau keadaan­nya terlalu kuat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 756