Semalam kami dijemput merawat di rumah VIP di kawasan Damansara Perdana,beliau menderita sihir puja selama 15 tahun.Saya betul-betul terasa mengantuk yang amat sangat apabila sampai di pintu pagar kondo rumah pesakit,petanda aura sihir agak kuat.Diantara petanda beliau terkena sihir puja ialah badan gatal/miang,halangan mencari rezeki,anak-anak meninggalkan beliau dan mimpi menakutkan ketika tidur.
Bagi kes sihir puja selalunya pesakit tidak akan kerasukan bila dibacakan ruqyah,cuma akan ada rasa simptom panas dan miang-miang semasa proses penarikan keluar bisa dari badan.
Untuk merawat kes sihir puja sesi ruqyah yang amat panjang perlu dibaca pada pesakit dengan didahulukan dengan ayat pemecah perisai sihir iaitu Lauanzalna (al-hasyr 21) sebanyak 77x barulah kemudian dibacakan ayatul syifa bagi kesembuhan masalah fizikal badan pula.